Erti Persahabatan

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Assalamualaikum….

Sudah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini… Skrg saya sudah habis exam, hu2. Inilah kesempatan buat saya untuk berbicara sebelum aku meninggalkan UKM. Banyak kengan manis dan pahit aku lalui sepanjang berada di sini. Terasa sedih bila ingin meninggalkan UKM kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan. Selepas ini, masing-masing membawa haluan masing2. Hendak jumpa pun susah bila dah habis belajar macam nie.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar & ingin meminta maaf kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang kita belajar bersama. Andai kalian membuka blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala apa yang diberikan, dan berharap agar ukhwah kita ini kekal selamanya. Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.

Di samping ini juga, buat rakan-rakan rapat aku along, kirah, ella, fiza & pijah harap persahabatan kita kekal selamanya dan saling berhubung walaupun kita tidak dapat bertemu selepas ini. Sayang korang semua. Buat roomet aku ‘Ella’ andai ada terkasar bahasa, tersalah cakap atau menyinggung perasaanmu sepanjang menjadi roomet, idah minta maaf banyak-banyak. Apapun terima kasih banyak kerana membantu idah.. Harap persahabatan kita kekal selamanya. Jgn lupa, ada berita gembira nk khwin ker jgn lupa jemput. Harap sangat persahabatan ini kekal selamanya. Sedih sgt sebab selepas nie msti kita susah nk berjumpa kan…

Sesungguhnya semua ini adalah kehendakNya…..


Ini antara kenangan-kenanganku dkt UKM

Sahabat2ku...

Kwn2 rapatku pijah,ella, fiza & kirah


aku & along kwn rapatku juga


Hari Pameran sains Dalam Kehidupan

Aku, ain & hasni. Nie semasa Hari Pameran sains Kehidupan.

Kumpulan kami buat mengenai Etnik sikh. Terpaksa la pakai baju punjab sekejap.he2



Bermain Bola Jaring


Bermain Paintball di (Kem Lanchang) Merlimau, Melaka

sempena Perkhemahan Rekreasi Pendidik 08.


Berkelah di sg.Tekala bersama program P. Islam



Program Pendidikan Islam UKM






;;