Renungan Bersama

Diner KKM



Nie kwn2ku satu kolej. Along, aku, ella, farihah & pijah. Diorang nie kwn2 rapat aku la. p kelas pun skali, bli mknan pun skali, mkn skali, cuma tido katil masing2 la.he2. Bergaya diorg nie p diner. Konsep diner nie blackrose jd menyerlah la pakaiannya.Merah hitam ja la nampak. Tambah2 kwnku yg tengah2 tuu yg pakai bju songket menyerlah die. Kwnku2 smua pakai bju wrna merah cuma aku jer hitam lain dari yg lain. Nasib baik thn nie tidak keracunan makanan x mcm tahun dulu p toilet berulang kali dalam seminggu tuu. Kira ok ckit laa dr thn lpas.



Nie aku ngn along masa diner kolej keris mas. Kami berdua nie mcm kembar X ? Ada orang ckp kami nie kembar.He2.. Biasa la sama ja size.. Tp rasanya aku mcm adik sebab kecik ckt.he2...

MAG (Fakulti Pendidikan)


Nie aku ngn kwn2. Dr belakang along,pijah aku dan didepan kirah, nabilah, umi, kak min ngn ela. Semuanya comei2. Bergaya ngn baju baru.



Nie aku ngn ela masa MAG. aku nie biasa2 ja x lawa pun tp si ela cntk mcm mak datin.he2. Bertungkus lumus dia menjahit manit dekat bajunya, sampai terkena jarum. Apa pun hasilnya tengoklah dia cantik kan? Yg penting tengok hasil jahitannya berkelipan lagi.


Antara Cinta & Suka



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


Engkaulah Sahabat

SAHABAT. Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak berusaha mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari. Supaya engkau memperoleh sahabat, jadikan dirimu sendiri lebih dulu sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang lain.

Ungkapan sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang. Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar, dan bukannya orang yang hanya membenarkan kata-kata.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan. walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menguntungkan. Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri “. Kesunyian bukanlah sekutu derita, melainkan sahabat ketinggian jiwa. Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat… dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat.

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan Sahabat yang paling baik adalah Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri Bergaullah dengan manusia sebaiknya Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu Yang indah itu pertemuan Yang manis itu kemesraan Yang pahit itu perpisahan Yang tinggal hanyalah kenangan TEMAN MENANGIS Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.


Salam Ukhwah


dunia hanyalah sementara,
diibaratkan ladang untuk hasilnya diakhirat kelak,
tanamlah tanaman bermacam mcm didunia (berilmu),
suburkan tanaman ngan pelbagai cara (beramal),
semailah pohon2 yang bleh dimakan hasilnya(beriman),
spaya diakhirat nnti,,
kita hidup senang lenang di syurga yang abadi,,,

;;